Wedding, Engagement, Pre Wedding, Potraiture & Event, Jurugambar Perkahwinan, kahwin

Tips for Client

Salam kepada semua pembaca Firdaus Majid Photography dan juga kepada bakal-bakal pengantin. Suka kami di sini untuk berkongsi bersama pembaca sekalian tips menyediakan diri sebelum sesi fotografi pada hari perkahwinan anda. Senarai tips ini dikongsi bersama oleh ADAN iaitu guru dan juga jurufoto yang tidak asing lagi.

Tips Mendapatkan Gambar Perkahwinan Yang Berrmakna
Oleh :Hasnuddin Abu Samah

Tentunya semua pengantin inginkan gambar perkahwinan yang menarik yang boleh dijadikan kenangan manis untuk sepanjang hayat. Ini antara tips yang dapat saya berikan:

1) Buat rujukan dalam majalah atau internet untuk mendapat idea tentang gambar yang bagaimana yang anda idamkan.

2) Dapatkan jurugambar yang anda yakin beliau dapat memberikan gaya dan kualiti yang anda harapkan.

3) Bincang dengan jurugambar tentang idea dan harapan anda. Anda mesti pastikan jurugambar faham apa yang anda mahukan dan berkebolehan melakukannya. Jangan anggap jurugambar boleh membaca fikiran anda. Beri arahan secara terperinci. Kesilapan komunikasi boleh mengakibatkan penyesalan dan bertelingkahan di kemudian hari.

4) Rancang aturcara majlis anda secara terperinci. Ambil kira kemungkinan perkara yang tidak dijangka akan berlaku seperti hujan, pengapit tidak dapat hadir atau makanan tidak mencukupi. Ini supaya anda tidak panik semasa majlis anda dan menjejaskan mood dalam gambar.

5) Pada majlis perkahwinan anda, anda tidak seharusnya memikirkan masalah yang berlaku pada majlis yang diadakan. Anda hanya perlu senyum dan bergembira. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi untuk memastikan majlis anda berjalan lancar dan menguruskan sebarang masalah yang mungkin timbul.

6) Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti hujan lebat, jangan rasa tertekan atau kecewa. Teruskan bergembira. Perkara yang berlaku di luar kawalan, bukannya salah anda.Tidak mengapa jika tetamu kebasahan. Jangan risau, itu bukannya salah anda. Yang penting, anda harus bergembira.

7) Jalin hubungan yang baik dengan jurugambar anda. Layan jurugambar anda seperti yang sepatutnya. Sememangnya lumrah manusia, seseorang yang dilayan dengan baik akan memberikan yang terbaik.

Jangan buatkan jurugambar rasa tertekan dengan aturcara majlis yang kelam kabut. Walaupun jurugambar memang boleh bekerja dalam apa jua keadaan, namun, kualiti yang terbaik hanya akan terhasil dalam keadaan yang terkawal.

9) Berikan masa yang cukup untuk jurugambar merakam gambar potret sekiranya anda ingin gambar potret anda dirakam dengan baik. Walaupun anda digesa oleh sesuatu, berilah keutamaan kepada rakaman gambar, kerana ianya untuk kenangan sepanjang hayat!

Akhir kata pilihlah jurufoto yang sesuai, yang serasi dengan anda. Adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai fotografer. Sebab itu, adalah tidak menjadi masalah untuk Firdaus Majid Photography berunding secara bersemuka dengan para pelanggan dan menunjukkan sendiri kualiti hasil kerja dan album kami.

Diharap, tips ini serba sedikit dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar perkahwinan yang bermakna. Jumpa lagi pada penulisan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

See u guys on your Big Day!

-SALAM-
FIRDAUS MAJID PHOTOGRAPHY
No 123, Jalan Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 012-913 8597

YM ID : aus_am
Email : firdaus.muhammad@gmail.com
Website : (undercontruction)
Blog : https://firdausmajid.wordpress.com
Flickr : http://flickr.com/photos/nakedlense

Matt Firdaus | Create Your Badge

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s